103 hari di Port Sudan.

Sudah lebih 100 hari aku kat port sudan ni. terasa sgt2 nak pulang ke malaysia. rindu pada family, pada buah hati, pada kawan2, pada makanan...
perjalanan hidup yg lebih 100 hari ini, maybe akan berakhir dlm dua minggu lagi, bersamaan 14 hari. pembinaan pipeline dlm fasa terakhir, tinggal joint ( golden joint ) macam biasa, aku sambung cerita aku yg lepas berkenaan port sudan, sebelum ini aku di Khourtoum. suasa di sini nyaman dan hampir seperti malaysia, di sini aku tinggal di camp Peremba dan camp ini letaknya hampir dgn laut. jadi bayu laut sentiasa bertiup ke kawasan daratan. aku kat sini terasa seperti bercuti, walaupun kerja byk. boleh dikatakan pada awalnya aku byk ke barge di laut. sebab tu aku terasa seperti bercuti. makanan di sini ok. masakan malaysia, tukang masak melayu. jadi aku tak terasa sgt aku berada di bumi sudan. port sudan satu kawasan yg sedang membangun, aku rasa dlm 3 tahun lagi port sudan ini akn bertukar wajah, dan ini la tempat keluar masuk kapal2 utk minyak. makanan sudan yg aku minati adalah Khatira n shawarma. di malaysia kita panggil kebab. oleh kerana sudan bergolak dlm perang saudara, kami di kawal rapi oleh pihak tentera di luar camp. dan bukan mudah utk sesiapa keluar masuk dari sini. aku bersyukur aku dilahirkan di Malaysia. tiada pergolakan....
di sini aku jumpa ramai kawan2 baru, dari peremba, arief marine, Seagurros, opi dan sebagainya. kami hidup dlm keadaan harmoni, ini saja keluarga yg ada. jadi semuanya mesra seperti keluarga. di camp ini, sempat juga aku mandi laut merah. airnya lebih masin dari laut malaysia. sekarang, cuaca sudah berubah, waktu sekarang siang lebih panjang dari mlm, di sini, waktu subuh pukul 4 pagi. cuti di sudan pada hari jumaat. ini second time aku rasai culture negara asing selepas indonesia. aku harap aku berpeluang menceritakan pengalaman aku di tempat lain di kemudian hari. jumpa di malasyia..... adios.

Comments

Popular posts from this blog

Bola Sepak & Diri aku.