Posts

Showing posts from May, 2007

Bola Sepak & Diri aku.

Tadi aku baru menyaksikan AC Milan menang champion league, menang melawan Liverpool. perlawanan yg menarik, boleh dikatakan liverpool bermain kemas. dan mungkin bukan rezeki mereka utk menang. dari perlawanan ini, aku teringat waktu aku mula2 melibatkan diri dlm bola sepak. teringat kawan2 seangkatan yg hadir memeriahkan kehidupan bola sepak bersama. teringat mcm mana aku mengaku terkena tangan sendiri di dlm kotak penalti. teringat mcm mana menjaringkan gol yg aku rasa cantik... tapi yg paling manis, aku mempunyai kawan2 bola sepak yg membawa nama taman melewar indah. tempat aku dibesarkan. hayat sebagai golie, hazat (winger), shair (mid) , ikhwan (mid), Iszad adik beradik ( def ) dan ramai lagi. kami lawan semua taman2 sekeliling dan kg2, tapi yg paling menarik, kg changkat. we are the best waktu tu. :-) kami main bermati matian mcm dlm perlawanan sebenar. yg seronoknya, kami dari sekolah rendah yg berlainan, tetapi tetap bermain atas nama taman. dan aku tak lupa juga, muhammad gadaf

7 hari di Khartoum, Sudan.

Selepas Batam, destinasi aku adalah negara Afrika. Sudan menjadi tempat persinggahan dlm perjalanan aku mengejar cita2. dari Klia aku ke Doha perjalanan mengambil masa 7 jam dan dari Doha ke Khartoum, perjalanan adalah selama 3 jam 30 minit. Sesampainya aku di Khartoum, bermakna, bermula la kehidupan aku di muka bumi Sudan. aku menetap di Makmura di bandar Khartoum, suatu kawasan perumahan berdekatan dgn pusat bandar. aku tinggal selama 7 hari sebelum aku menyambung perjalanan ke Port Sudan. suasana waktu ini, teramat dingin, walaupun keadaan sekeliling panas, dgn cahaya matahari yg terik dan waktu siang yg panjang. hari kedua aku terasa seperti nak demam, bibir aku kering, dan pecah2 dan juga kulit menjadi tersangat kering. tetapi nasib baik hanya sehari aku terasa lemah badan. sepanjang 7 hari aku disini, sempat juga aku melawati tempat2 yg ada di pusat bandar ini. aku bersama seorang rakan ke pasar yg dikenali sebagai souq arabia dan souq libya. oleh kerana baru lagi di tempat ini,

Hidup di Batam,Indonesia.

Aku pernah tinggal di Batam, Indonesia selama lebih dari 2 bulan. aku dihantar bekerja di sana bersama Oceanerring. aku mengenali berbagai ragam, budaya,mengenali ramai rakan baru dan yg paling menarik, dapat melancong ke destinasi2 bersejarah yg ada kaitan dgn malaysia. aku masuk ke Batam pada 3 ogos 2006, hari yg sama aku masuk ke Singapore, seperti yg pernah aku ceritakan. di Batam, aku tinggal di Bengkong Dalam, rumah yg aku diami bersama 5 org dari malaysia. tempat menarik yg aku lawati adalah seperti, Tanjung Pinang, Pulau Barelang, Nogsa, Nagoya. ini sahaja yg aku ingat. firstly, aku nak menceritakan apa yg ada di Tanjung Pinang, dari batam , aku menaiki feri ke sini, perjalanan kira2 45 minit, kalau tak silap aku. di tanjung pinang, majoriti masyarakat adalah berbagsa melayu. mereka boleh berbahasa malaysia. tempat ini tak la besar sgt, tapi menarik di kunjungi kerana suasana yg nyaman dan dikelilingi air, sebagai tempat beriadah. yg aku ingin ceritakan ialah di mana aku ke Pul

First trip to Singapore.

Singapura di langgar todak. aku masih ingat cerita penglipur lara, waktu aku kecil. pada 3 ogos 2006, aku sampai ke kota singa. aku dalam perjalanan ke Batam , Indonesia dan aku singgah ke singapura untuk membuat visa. perjalanan dari kuala lumpur bersama seorang rakan sekerja ke kota singa membawa satu maknak dalam hidup aku, inilah pertama kali aku keluar dari negaraku yg tercinta, Malaysia. sudah lama aku mendengar cerita tentang kota singapura, yg rata2 masyarakat berbangsa cina tinggal di sana. cuaca di sini sama sahaja seperti Malaysia. tiada beza. aku sampai ke lavender street pada pagi 3 ogos dan terus ke kawasan Orchard Road untuk bertemua ejen membuat visa. sambil menunggu visa siap, aku sempat meluangkan masa untuk berjalan2 di sekitar Orchard Road, kami berjalan dari permulaan Orchard road sehingga la ke Bugis Street. sepanjang perjalanan berjalan kaki, aku melihat keunikan bandar singapore. memang Orchard road ini di kenali sebagai syurga membeli belah, pelbagai barangan a