Hidup di Batam,Indonesia.

Aku pernah tinggal di Batam, Indonesia selama lebih dari 2 bulan. aku dihantar bekerja di sana bersama Oceanerring. aku mengenali berbagai ragam, budaya,mengenali ramai rakan baru dan yg paling menarik, dapat melancong ke destinasi2 bersejarah yg ada kaitan dgn malaysia. aku masuk ke Batam pada 3 ogos 2006, hari yg sama aku masuk ke Singapore, seperti yg pernah aku ceritakan.
di Batam, aku tinggal di Bengkong Dalam, rumah yg aku diami bersama 5 org dari malaysia.
tempat menarik yg aku lawati adalah seperti, Tanjung Pinang, Pulau Barelang, Nogsa, Nagoya. ini sahaja yg aku ingat.
firstly, aku nak menceritakan apa yg ada di Tanjung Pinang, dari batam , aku menaiki feri ke sini, perjalanan kira2 45 minit, kalau tak silap aku. di tanjung pinang, majoriti masyarakat adalah berbagsa melayu. mereka boleh berbahasa malaysia. tempat ini tak la besar sgt, tapi menarik di kunjungi kerana suasana yg nyaman dan dikelilingi air, sebagai tempat beriadah. yg aku ingin ceritakan ialah di mana aku ke Pulau Penyengat. di sini terdapat khazanah Kesultanan Melayu Riau. aku rasa semua masyarakat di pulau ini, adalah kerabat2 org istana. di pintu masuk saja, aku terpegun dgn kecantikan masjid yg diperbuat dari putih telur sebagai bancuhan bersama pasir. dan di dlm masjid terdapat Al-Quran yg paling kecil di dunia. dan di sekeliling pulau ini, pelbagai sejarah dpt dilihat, termasuklah makan2 diraja, kubur raja ali haji, meriam di atas bukit, rumah belanda, dan sebagainya. sempat juga aku singgah di kedai utk memakan ABC di sini.
tak pernah aku terfikir aku akan sampai ke sini, na mengetahui riwayat kaum kerabat diraja ini, yg tak silap aku telah di usir dari tanah melayu semasa perang dahulu.
tempat kedua yg aku rasa ingin menceritakan ialah Pulau Barelang. melibatkan 7 pulau yg di sambung di sambung dgn jambatan. di antara pulau ini, ada satu pulau yg dulunya di isytiharkan sebagai pulau pelarian bagi masyarakat Vietnam semasa negara mereka melalui perang saudara oleh UN. di kawasan penempatan ini, UN membina pelbagai2 kemudahan termasuk la hospital, gereja dan tokong, kawasan rumah, riadah dan sebagainya. sejarah vietnam juga dpt dilihat disini, di jaga rapi oleh pentadbir indonesia. aku meneruskan perjalanan ke pulau yg ke-7 dan aku berehat di sana, Pantai Melor satu destinasi pelancongan, walaupun tiada resort di sini, penduduk tempatan masih menyediakan rumah mereka utk di sewa semalam dua, di sini, pasirnya halus, laut yg jernih dan keadaan ini sesuai utk surf.
di batam, aku suka berjalan jalan ke shopping mall, di sini, ada dua tempat yg menarik perhatian aku, di Batam Mega mall dan Nagoya hill. tempat menarik sekiranya ingin membeli belah. barangannya juga berpatutan, dan rasanya masih murah dibandingkan singapore. dan disini la aku selalu menghabiskan masa hujung minggu utk menikmati makanan. di mega mall, aku selalu ke solaria, makanannya sedap dan harganya berpatutan, di batam, kebykan org tempatan suka makan Bakso, dan gado2. dua jenis makanan masyarakat indonesia. dan di sini la tempat aku melihat buat pertama kali, di booth fast food, seperti McD dan KFC, makanan di sediakan bersama nasi, sempat juga aku bertanya seorang kawan di sana, di memberitahu, sekiranya belum menjamah nasi, org batam kiranya masih belum makan... masakan padang yg paling aku gemari, setiap hari aku makan masakan ini, kerana ia masih lagi sama dgn masakan di malaysia.
ini saja yg dpt aku ceritakan, utk tatapan. selepas ini, aku menceritakan pulak kehidupan aku di bumi Sudan di afrika.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Hari Raya 2018