7 hari di Khartoum, Sudan.

Selepas Batam, destinasi aku adalah negara Afrika. Sudan menjadi tempat persinggahan dlm perjalanan aku mengejar cita2. dari Klia aku ke Doha perjalanan mengambil masa 7 jam dan dari Doha ke Khartoum, perjalanan adalah selama 3 jam 30 minit.
Sesampainya aku di Khartoum, bermakna, bermula la kehidupan aku di muka bumi Sudan. aku menetap di Makmura di bandar Khartoum, suatu kawasan perumahan berdekatan dgn pusat bandar. aku tinggal selama 7 hari sebelum aku menyambung perjalanan ke Port Sudan. suasana waktu ini, teramat dingin, walaupun keadaan sekeliling panas, dgn cahaya matahari yg terik dan waktu siang yg panjang. hari kedua aku terasa seperti nak demam, bibir aku kering, dan pecah2 dan juga kulit menjadi tersangat kering. tetapi nasib baik hanya sehari aku terasa lemah badan. sepanjang 7 hari aku disini, sempat juga aku melawati tempat2 yg ada di pusat bandar ini. aku bersama seorang rakan ke pasar yg dikenali sebagai souq arabia dan souq libya. oleh kerana baru lagi di tempat ini, aku terasa amat janggal dan dgn keadaan yg terlalu ramai org, aku hanya mengikut rakan ku ke destinasi. rakan aku ini sudah menetap di sudan hampir 2 tahun. jadi, aku tidak perlu risau utk sesat di tgh bandar. di souq ini, sempat juga aku melihat barang2 yg menarik seperti gelang koka, barangan dari pokok koka amat di minati oleh masyarakat yg berkunjung di sudan. aku bernasib baik, dan mungkin rezeki aku, aku mendapat gelang koka dgn percuma, dalam perjalanan yg memenatkan ini, sempat juga aku berhenti rehat utk menjamu segelas teh di tepi jalan. aku panggil kedai ini kedai 'teh cangkung' .
di hari2 berikutnya, sempat aku berjalan ke shopping mall 'afra' shopping mall yg terbesar di sudan ini. di dalam nya seperti carefour dan giant di Malaysia. genap 7 hari aku di kartoum, dan aku meneruskan perjalanan ke Port Sudan, menaiki pesawat. setibanya di Port sudan, aku di jemput oleh pihak paremba yg bertanggung jawab dalam projek di sini. aku akan sambung kemudian menceritakan tentang kehidupan aku di port sudan.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Hari Raya 2018