Posts

My New Family

Image
Dah lama aku tak menulis, aku dah kawin pun... huhu. aku kawin bulan 11 tahun lepas, tapi sekarang baru aku nak tulis. pada kawan2 yg hadirkan diri pada hari perkahwinan aku... aku ucapkan thanks a lot. Pada kawan2 yg menghantar aku pada hari kawin aku kat cheras. thank you friends! bila korang kawin nanti insyallah aku bantu.

Birthday aku 7 july 2008

aku sambut hari lahir aku 14 hari lepas, hadiah yg paling best penah aku dpt ialah, aku dpt job baru sebagai lecturer kat TWI South East Asia. tak sangka aku jadi lecturer. tapi bagus la, aku dah terasa malas nak naik offshore and panjat pipe rack. i need a rest. maybe after 3 years aku kembali semula ke site. atau aku akan teruskan sebagai lecturer. cita-cita aku nak business, hope waktu umur aku 30 , aku dpt mula business yg bagus.

Hari - Hari Terakhir di Shamira.

Mula 11 ogos ni, aku akan mula bekerja di TWI kat Sg. Buloh. sebagai lecturer NDT. Byk pengalaman yg aku dpt selama aku bekerja di shamira. genap 2 tahun aku bekerja di shamira. byk perkara yg aku lalui, aku baru habis projek di petronas penapisan melaka. selama 7 bulan aku kat melaka. selama aku di shamira, aku berpeluang mempelajari semua jenis NDT utk oil gas field. kat sini aku senarai kan segala NDT methods yg aku involve. a) Ultrasonic Testing - a-scan, TOFD b) Radiography testing c) Magnetic Particle Inspection d) Dye Penetrant Inspection e) Crawler Technology f) Film Interpreter e) Positive Material Identification.

DB30

still on the barge. tgh nak siap kan riser, tinggal lagi 2 joint. and lepas tu balik... dgr cerita nak berombak kuat, so maybe postpone lagi.. mana la tau. kerja ok, life pun ok. aku masih terfikir berapa lama aku nak kerja mcm nie... 3 tahun max ker?.. atau 10 thn... kadang2 aku rasa boring, kadang2 ok. minat business, tapi apa yg boleh aku venture. kerja kat laut ni kadang2 ok, kadang2 susah jugak, lumayan memang la lumayan, tapi sebab risk tinggi sgt. sebab tu dia bayar lebih, aku terfikir masih ada job kat darat yg dpt memuaskan hati aku. think... think... i need idea. hope somebody read my blog can give me an idea for business... anyone?

Perairan Miri.

Aku sekarang di periaran miri, kerja sebagai MD NDT atas barge DB30 , Mc Dermott. kerja sini takla byk tapi kadang2 tu sampai 12 jam ada kerja. shift mlm aku kat sini. kerja aku kali ni pasang top site utk platform minyak. aku sampai miri pada 12 hari bulan n berangkat ke barge pada 14 hb, sempat la jln2 ke miri. tapi tak jauh,sekeliling hotel saja, tapi aku rasa miri bersih persekitarannya. aku kat atas barge nie dah hampir dua minggu. sekarang job takde, duduk saja, sekarang barge tgh lay cabel. so relex la sikit. n after this, aku kena buat x-ray utk riser dari dasar laut. maybe take 3 days for this job, but, tak tau la bila start. top site dah siap. adios.

malaysia... i'm back in action.

hahahaha.... esok aku balik malaysia. dpt jugak tiket last minit. dlm pagi rabu aku touch down. dah lebih 4 bulan nie. tak sabar nak tgk suasana kuala lumpur. transit kat doha selama 14 jam. apa aku nak buat esok, rasanya nak jln2 ke luar. hemm.. apa benda menarik kat sana yer? kat sudan nie, aku ada beli gelang buah koka, tasbih n ada juga gelang tulang unta. hemm.. pada kawan2 jemput la datang rumah, boleh la ambik cenderamata dari sudan. apa nak buat dlm cuti selama seminggu akan dtg. hemm.. mcm biasa la, agaknya, tgk wayang, lepak NZ maybe pegi melawat kawan2. lepas nie maybe ke miri, pipeline lagi, offshore atas barge. tak tau la berapa lama, mungkin 2-3 bulan jugak. hemm.. merantau lagi. ok la... nanti aku sampai malaysia aku sambung lagi. adios.

Hati panas....

Panas, segala galanya panas! itu yg boleh digambarkan sekarang di bumi sudan. kerja2 pipeline dah habis, equip dah pack. filem semua dah hantar, tunggu masa nak balik. tapi perkabaran terbaru, aku masih kena tahan oleh pihak PDOC... kerja2 dlm plant, tapi bukan job aku. aku punya job offshore sahaja. bengang sgt sekarang nie, nak bwk keluar equip tak boleh. waktu nie la aku perlukan sokongan negara yg kuat mcm amerika... terus terang aku ckp, org sudan ni penipu besar. kalau la malaysia mcm amerika... aku harap, malaysia guna kan segala kekuatan utk selamatkan semua rakyat malaysia kat sini. cadangnya aku balik esok, tapi surat perlepasan dah ditarik balik, alasan yg kurang memuaskan... bukan kerja aku kat plant, dan takde langsung contract utk shamira dlm plant. tapi, org malaysia sendiri tak tolong org malaysia... harapkan lepas diri sendiri jer... melayu pula tu.... kenapa melayu tak mau bersatu! bersatu la melayu! utk kesejahteraan kita juga....