Selepas Batam, destinasi aku adalah negara Afrika. Sudan menjadi tempat persinggahan dlm perjalanan aku mengejar cita2. dari Klia aku ke Doha perjalanan mengambil masa 7 jam dan dari Doha ke Khartoum, perjalanan adalah selama 3 jam 30 minit. Sesampainya aku di Khartoum, bermakna, bermula la kehidupan aku di muka bumi Sudan. aku menetap di Makmura di bandar Khartoum, suatu kawasan perumahan berdekatan dgn pusat bandar. aku tinggal selama 7 hari sebelum aku menyambung perjalanan ke Port Sudan. suasana waktu ini, teramat dingin, walaupun keadaan sekeliling panas, dgn cahaya matahari yg terik dan waktu siang yg panjang. hari kedua aku terasa seperti nak demam, bibir aku kering, dan pecah2 dan juga kulit menjadi tersangat kering. tetapi nasib baik hanya sehari aku terasa lemah badan. sepanjang 7 hari aku disini, sempat juga aku melawati tempat2 yg ada di pusat bandar ini. aku bersama seorang rakan ke pasar yg dikenali sebagai souq arabia dan souq libya. oleh kerana baru lagi di tempat ini, ...
Comments