Posts

Showing posts from June, 2007

malaysia... i'm back in action.

hahahaha.... esok aku balik malaysia. dpt jugak tiket last minit. dlm pagi rabu aku touch down. dah lebih 4 bulan nie. tak sabar nak tgk suasana kuala lumpur. transit kat doha selama 14 jam. apa aku nak buat esok, rasanya nak jln2 ke luar. hemm.. apa benda menarik kat sana yer? kat sudan nie, aku ada beli gelang buah koka, tasbih n ada juga gelang tulang unta. hemm.. pada kawan2 jemput la datang rumah, boleh la ambik cenderamata dari sudan. apa nak buat dlm cuti selama seminggu akan dtg. hemm.. mcm biasa la, agaknya, tgk wayang, lepak NZ maybe pegi melawat kawan2. lepas nie maybe ke miri, pipeline lagi, offshore atas barge. tak tau la berapa lama, mungkin 2-3 bulan jugak. hemm.. merantau lagi. ok la... nanti aku sampai malaysia aku sambung lagi. adios.

Hati panas....

Panas, segala galanya panas! itu yg boleh digambarkan sekarang di bumi sudan. kerja2 pipeline dah habis, equip dah pack. filem semua dah hantar, tunggu masa nak balik. tapi perkabaran terbaru, aku masih kena tahan oleh pihak PDOC... kerja2 dlm plant, tapi bukan job aku. aku punya job offshore sahaja. bengang sgt sekarang nie, nak bwk keluar equip tak boleh. waktu nie la aku perlukan sokongan negara yg kuat mcm amerika... terus terang aku ckp, org sudan ni penipu besar. kalau la malaysia mcm amerika... aku harap, malaysia guna kan segala kekuatan utk selamatkan semua rakyat malaysia kat sini. cadangnya aku balik esok, tapi surat perlepasan dah ditarik balik, alasan yg kurang memuaskan... bukan kerja aku kat plant, dan takde langsung contract utk shamira dlm plant. tapi, org malaysia sendiri tak tolong org malaysia... harapkan lepas diri sendiri jer... melayu pula tu.... kenapa melayu tak mau bersatu! bersatu la melayu! utk kesejahteraan kita juga....

103 hari di Port Sudan.

Sudah lebih 100 hari aku kat port sudan ni. terasa sgt2 nak pulang ke malaysia. rindu pada family, pada buah hati, pada kawan2, pada makanan... perjalanan hidup yg lebih 100 hari ini, maybe akan berakhir dlm dua minggu lagi, bersamaan 14 hari. pembinaan pipeline dlm fasa terakhir, tinggal joint ( golden joint ) macam biasa, aku sambung cerita aku yg lepas berkenaan port sudan, sebelum ini aku di Khourtoum. suasa di sini nyaman dan hampir seperti malaysia, di sini aku tinggal di camp Peremba dan camp ini letaknya hampir dgn laut. jadi bayu laut sentiasa bertiup ke kawasan daratan. aku kat sini terasa seperti bercuti, walaupun kerja byk. boleh dikatakan pada awalnya aku byk ke barge di laut. sebab tu aku terasa seperti bercuti. makanan di sini ok. masakan malaysia, tukang masak melayu. jadi aku tak terasa sgt aku berada di bumi sudan. port sudan satu kawasan yg sedang membangun, aku rasa dlm 3 tahun lagi port sudan ini akn bertukar wajah, dan ini la tempat keluar masuk kapal2 utk minyak